Jan 17, 2014

Bengkel Austisme untuk Ibubapa dan Guru

Salam mommies,
Apakah itu Autisme?
Autisme bermaksud satu gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi serta tingkahlaku terhad dan berulang-ulang. Simptom ini mula ditunjukkan oleh anak-anak seawal umur 3 tahun lagi.

Apakah itu ADHD?
Selalunya ibubapa dan guru-guru menggambarkan kanak-kanak yang mudah terangsang, lasak atau tidak mendengar cakap ini sebagai hiperaktif. Istilah gangguan hiperaktif atau kurang tumpuan (ADD) digunakan oleh profesional dalam bidang perubatan untuk menggambarkan masalah yang lebih serius dan berpanjangan pada kanak-kanak.

Gangguan hiperkinetik merupakan satu lagi istilah yang digunakan untuk menggambarkan ADHD.
Gangguan kurang tumpuan (ADD) tanpa hiperaktiviti (terutama sekali jenis yang tidak memberi perhatian penuh) adalah subkategori kepada ADHD. Biasanya, kanak-kanak dalam golongan ini kurang memberi perhatian penuh dan tumpuan mudah terganggu. Adalah dikatakan bahawa ADD tanpa hiperaktiviti kerapkali tidak didiagnosa dengan tepat.

Jadi, bagi ibu-ibu, pendidik dan masyarakat yang berkelapangan anda dijemput menghadiri satu seminar berkaitan autisme dan ADHD yang akan diadakan di Johor Bahru.


Tajuk : Bengkel Austisme untuk Ibubapa dan Guru
Tarikh : 28-29 Mac 2013
Masa: 8.00 pagi sehingga 6.00 petang
Penceramah : Dr Hasnah binti Toran
Tempat : Bilik Kuliah 1 & 2, Bangunan Ixora, Hospital Permai, Johor Darul Takzim
Bayaran : RM 200.00/individu

Tuan/Puan juga boleh menghubungi Puan Azwana binti Mohd Hasan ditalian 01122207780 untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran. Tempat adalah terhad.

Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu! Insya-Allah.

Mengelakkan senggugut yang teruk

Salam mommies,

Alhamdulillah, terdapat beberapa saranan dari Dr. Zubaidi Ahmad, cara yang boleh diamalkan untuk mengelakkan rasa senggugut yang teruk. Antaranya:-

  1. Melakukan senaman ringan. Ada beberapa kajian menunjukkan wanita yang melakukan senaman ringan mendapat manfaat kelegaan bagi sakit senggugut yag kuat.
  2. Mengekalkan pemakanan yang seimbang dan sihat, dan mengambil suplemen yang mempunyai nutrisi vitamin B dan magnesium.
  3. Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 1.5-2 liter dalam sehari.
  4. Boleh tuam menggunakan beg plastik atau beg kulit yang berisi air suam pada bahagian bawah perut bagi mendapatkan kelegaan.
  5. Banyak kajian mendapati bahawa pengambilan ekstrak Kacip Fatimah 30mg beberapa hari sebelum kedatangan haid dapat mengurangkan senggugut yang teruk.
  6. Akhir sekali, boleh mengambil ubat penahan sakit yang ringan seperti acetaminophen dan paracetamol atau ubat penahan sakit yang lebih baik seperti ibuprofen atau naproxen, beberapa hari sebelum kedatangan haid.


Boleh amalkan. Namun jika keadaan masih tidak berubah, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru, Johor

Assalammualaikum mommies,
Alhamdulillah, saya berkesempatan menghadiri Kursus Pengurusan
Pertubuhan Berkualiti Bil.4/2012 anjuran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia di Negeri Johor (JPPMNJ) yang telah diadakan pada bulan 22 Disember 2013 yang lalu.
Kursus ini bermula seawal jam 8.00 pagi sehingga jam 1.00 petang bertempat di Auditorium, Aras 6, Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), Taman Setia Tropika, Kempas, Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Terdapat pelbagai topik yang dikongsikan. Kursus ini dapat memberi pendedahan awal bagaimana prosedur dan perkara yang perlu dibuat untuk  mendaftarkan Kelab Penyusuan Susu Ibu Negeri Johor. Insya-Allah, dalam jangka masa terdekat, Kelab Susu Ibu Johor akan didaftarkan dalam jangka masa terdekat.
Langkah pertama yang harus saya buat adalah membentuk Perlembagaan Undang-Undang bagi Kelab ini. Alhamdulillah, ia sudah 90% disiapkan. 
Kemudian, ia akan didaftarkan selepas satu mesyuarat PC yang akan diadakan dalam jangka masa terdekat ini. Seterusnya dapat mengikut jejak langkah Kelab Penyusuan Susu Ibu Melaka.
Doakan saya kawan-kawan. Semoga penyusuan susuibu dapat dimartabatkan dan meninggikan peratusan penyusuan susuibu di Negeri Johor khususnya. Insya-Allah!
Doakan kami ya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...