Jan 16, 2014

Cheese Baked Meatballs

Selalu geram bila saya TERtengok menu ini di Pizza Hut. Bukan apa, kalau diorder dan dikongsi bersama suami, confirm tak cukup! :p Setelah membelek-belek satu resepi dari seorang rakan baik, saya cuba dan HASILNYA tidak mengecewakan. Bezanya, kawan baik saya menggunakan ayam dan saya lebih suka menggunakan daging.
Petang itu juga selepas saya balik dari pejabat, saya nekad untuk ke JUSCO dan malam itu juga saya bersama si dia mencuba resepi ini. Alhamdulillah, inilah hasilnya! :D
Bahan-bahan
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang merah  (ditumbuk)
  • 1/2 biji bawang Jepun (dihiris)
  • 1/2 biji lada benggala (warna hijau)
  • 1 biji tomato (dipotong dadu)
  • Satu paket kari (saya gunakan paket rempah kari Baba’s)
  • Serbuk cili halus
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daging meatballs
  • Cheese Parmesan (saya membeli yang sudah diparut)
Cara membuat rempah masala
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau dengan minyak.
  2. Gaulkan rempah kari dan serbuk cili halus terlebih dahulu dengan air sebelum dimasak. Kepedasan bergantung berapa banyak yang kita mahukan dengan menambahkan serbuk cili halus tersebut. Masukkan rempah kari dan serbuk cili halus ke dalam bahan tumisan tadi.
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  4. Pastikan rempah masala tadi masak dengan sebati.
  5. Kemudian, masukkan lada benggala dan tomato yang telah dipotong dadu.
  6. Rempah masala yang sudah dimasak, letakkan ke dalam bekas. Susun daging meatballs ke dalam bekas yang sudah diletakkan rempah masala tadi. Lapis lagi daging tersebut dengan rempah masala. Saya suka menggunakan meatballs jenama Figo kerana kecil. Bekas yang saya gunakan boleh memuatkan sebanyak 12 biji meatballs.
  7. Taburkan bawang Jepun dan cheese parmesan.
  8. Bakar selama 5 minit di dalam ketuhar.
  9. Sedia dihidangkan.
Selamat mencuba kawan-kawan, jangan lupa sharekan hasil anda okkay! 

Jul 18, 2013

Mengelakkan bayi dari tersedak susu

Sejak akhir-akhir ini banyak kes kematian bayi akibat tersedak susu, boleh dikatakan setiap bulan ada sahaja kes sebegini dilaporkan. Bayi hanya insan yang kecil tidak mengenali apa-apa lagi perbuatan manusia, tidak mampu untuk mengalihkan botol susu tersebut dan hanyalah mengharapkan insan-insan disekelilingnya menjaganya..
Apabila terjadinya kejadian seperti itu sudah tentu sekali ibu bapa tersebut berasa amat kesal kerana kecuaian mereka atau pengasuh yang tidak ambil berat tentang keselamatan bayi tersebut.
Sebab-sebab bayi tersedak susu:-
  1. Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka.
  2. Lubang puting botol yang terlalu besar, menyebabkan susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur.
  3. Tabiat ibu bapa meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan.
  4. Kedudukan bayi semasa minum susu yang salah.
  5. Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.
  6. Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi.
  7. Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.
  8. Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan.
  9. Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur.
  10. Tiarapkan bayi kemudian tepuk belakang badan beberapa kali sehingga cecair atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar.

Jun 2, 2010

10 Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya



Minggu Penyusuan Susu Ibu 1-7 Ogos setiap tahun
  1. Mempunyai polisi penyusuan susu ibu secara bertulis yang disampaikan kepada semua kakitangan kesihatan secara berkala.
  2. Melatih semua kakitangan di dalam kemahiran yang perlu untuk melaksanakan polisi ini.
  3. Memberitahu semua ibu mengandung tentang kebaikan dan pengurusan penyusuan susu ibu.
  4. Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan susu ibu dalam masa setengah jam selepas kelahiran.
  5. Menunjukkan ibu-ibu cara menyusukan dan mengekalkan laktasi kepada ibu-ibu walaupun mereka terpaksa dipisahkan daripada anak-anak mereka.
  6. Tidak memberikan bayi-bayi baru lahir makanan atau minuman selain susu ibu kecuali atas sebab-sebab perubatan.
  7. Mengamalkan penyusuan di sisi ibu rooming-in – membenarkan ibu dan anak bersama-sama selama 24 jam sehari.
  8. Menggalakkan penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi.
  9. Tidak memberikan puting tiruan atau puting kepada bayi-bayi yang menyusu susu ibu.
  10. Menggalakkan penubuhan kumpulan-kumpulan sokongan penyusuan susu ibu dan merujuk ibu-ibu kepada mereka selepas keluar hospital atau klinik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...