Aug 17, 2021

Promosi Merdeka Gold

Promosi Merdeka Gold berlangsung lagi.

Tarikh 18-31 Ogos 2021.

Jul 19, 2021

Garam Kristal Masakan


Mak-mak rancang menu apa hari ini?

Kalau nak makanan tahan lebih lama dan lebih sedap, ini rahsianya. Masak pagi boleh bawa ke malam tetap ummpphh!

Qaseh Kristal Garam Masakan mengandungi sumber mineral dari Himalaya dengan 84 mineral semulajadi untuk masakan harian.

Dapatkan hari ini untuk melengkapkan sajian anda sekeluarga.

www.wasap.my/60196558504/GaramMasakan

Sebekas Garam Kristal Masakan
RM18 – SM
RM25 SS



Jul 18, 2021

Bagaimana buah Tiin dalam Qaseh Gold membantu meningkatkan sistem imun


Buah tiin atau buah ara merupakan buah istimewa yang diturunkan dari syurga telah disebutkan dalam kitab suci umat Islam, Al-Quran. Bukan hanya buahnya yang istimewa tetapi juga manfaat kandungannya mempunyai nutrisi yang penting untuk kesihatan tubuh badan kita lebih-lebih lagi anak-anak yang sedang membesar.

Antara manfaat kandungan di dalam buah tiin termasuklah dalam membantu mencegah kanser, penyakit jantung, hipertensi dan menjaga kesihatan tulang, gigi dan otot.

Haaa… semua tu penting untuk kekalkan kesihatan tubuh badan anda ke tahap yang optimum!

Jom sama-sama tingkatkan sistem imun badan anda dengan jus berkhasiat Qaseh Gold. Dapatkan daripada www.wasap.my/60196558504/QasehGold sekarang juga.


Jul 17, 2021

Khasiat Bayam dalam Qaseh Gold Junior


Khasiat Bayam dalam Qaseh Gold Junior Asli untuk anak-anak kita.
  • Membantu menjaga sistem pencernaan dan perlawasan.
  • Meningkatkan tenaga badan untuk aktiviti seharian.
  • Membekalkan zat besi untuk tubuh dan sel-sel otak.
  • Menjaga kesihatan tulang dan gigi.
  • Baik untuk kulit dan rambut
Anak yang sedang membesar perlu dibantu tumbesarannya dengan pemilihan makanan yang tepat. 

Contohnya adalah sayuran-sayuran. Antara sayur-sayuran yang bernutrisi dan bagus untuk kanak-kanak adalah seperti bayam.

Qaseh Gold Junior pun ada kandungan dan khasiat bayam tau !

1 Botol Qaseh Gold Junior Asli
RM56 – SM
RM66 - SS

Untuk dapatkan produk Qaseh Gold Junior Asli ini, dapatkan daripada www.wasap.my/60196558504/QasehGoldJunior

Jul 16, 2021

Pernahkan kita mengalami masalah haid?


Setiap bulan pasti ada antara golongan wanita  yang akan mengalami masalah-masalah seperti berikut, bukan? Kalau datang haid, macam-macam ragam ada. Contohnya: 
  • Senggugut
  •  Sakit kepala
  •  Lesu
  •  Perubahan mood
  •  Selera makan bertambah
Qaseh Gold yang diformulasi dengan khasiat kurma, madu, sirih, manjakani, passiflora dan lain-lain lagi bahan SUPERFOOD membantu anda dalam mengatasi masalah-masalah yang dinyatakan, Insya Allah.

Dapatkan sebotol Qaseh Gold Adinda sekarang, www.wasap.my/60196558504/QasehGoldAdinda

Promosi Juara Julai


Tuuu diaaa... 

Promosi Juara Julai Qaseh Gold Premier dipadankan dengan Qaseh Kristal SOLE. Lebih syok, percuma Qaseh Aromatheraphy Roll On. 

Memang terbaik untuk kesihatan lelaki dan wanita terutama golongan dewasa berusia 40 tahun ke atas dan ibu hamil serta ibu menyusu.

Apa kebaikan Qaseh Gold Premier?
  1.  Membantu dalam meningkatkan sistem imun.
  2.  Memperbaiki sistem penghadaman dan perlawasan.
  3.  Menyokong kekuatan tulang, gigi dan otot dengan kandungan kalsium tambahan.
  4.  Menambah baik tahap hb dalam darah.
  5.  Membekalkan dan menambah nutrisi berkhasiat untuk tubuh badan.
Kebaikan Qaseh Kristal Sole pula?
  1.  Mengandungi 84 mineral semula jadi.
  2.  Membantu dalam aspek kecantikan serta kesihatan kulit secara dalaman dan luaran.
  3.  Meleraikan gumpalan sel-sel darah merah.
  4.  Membantu dalam pembaharuan semula sel-sel badan.
  5.  Membantu dalam pergerakan otot-otot usus.
Manfaat Qaseh Aromatherapy Roll On pula apa ye?
  1.  Melegakan lenguh-lenguh badan, sendi dan otot.
  2.  Membantu mengurangkan sakit atau pening kepala.
  3.  Meredakan kembung perut.
  4.  Mengurangkan stres dan tekanan.
  5.  Membantu mengurangkan mual dan loya.
Fuhhh best betul! 

Jangan lupa dapatkan set promosi ini dari 12 hingga 25 Julai daripada www.wasap.my/60196558504/PromoJulaiQaseh

Oct 16, 2018

Zikir Asma Ul Husna

Kak Ida kongsikan Zikir Asma Ul Husna ketika anak-anak menghadapi peperiksaan.






Kepentingan sarapan pagi untuk anak-anak

Entry kali ini saya berkongsi tentang kepentingan sarapan pagi terutama untuk anak-anak.
  1. Mengalas perut di pagi hari.
  2. Memastikan metabolisme badan anak dalam tahap optimum.
  3. Menjadikan anak kita kekal aktif dan cerdas di dalam kelas.
  4. Membekalkan nutrien dan tenaga sepanjang hari.
  5. Mengelakkan anak kita makan secara berlebihan.
  6. Mengeratkan hubungan dengan anak kita.


May 5, 2018

Promosi Gempak Ramadan Aidilfitri

Gempak Ramadan Aidilfitri.

Wah, hebat promo kali ini sebab jejak sehingga bulan Puasa. Syukur alhamdulillah.

Jom, pada yang ingin mendapatkan harga Qaseh Gold dan rangkaian make-up dengan harga yang menarik, terus WA Kak Ida ya.















Feb 19, 2018

Malam Starvaganza 2017

Alhamdulillah,

Insya-Allah Malam Starvaganza Ana Edar untuk tahun 2017 akan dibuat De Palma Hotel Ampang pada 5 Mei 2018.

Tema kali ini adalah hitam dan merah.


Tidak sabar untuk Kak Ida sertainya. Insya-Allah.

Tutorial | Tempahan Baru Bizz App untuk Qaseh Gold Junior

Assalammualaikum,

Hari ini Kak Ida kongsikan bagaimana menghantar pesanan Qaseh Gold Junior melalui aplikasi bizz app.

Bizzapp boleh diakses melalui web http://www.bizapp.my/ atau melalui aplikasi yang dimuat turun melalui apps store di telefon masing-masing.

Daftar (bagi mereka yang belum mempunyai akaun bizz app) atau login (bagi mereka yang sudah mempunyai akaun bizz app).


Ini adalah submenu yang ada di paparan sebelah kiri bizzapp. Klik pada submenu TEMPAHAN BARU untuk menghantar pesanan Qaseh Gold Junior.


Masukkan maklumat seperti Nama Pelanggan, Alamat , No H/P, emel dan Produk. Bagi ruangan yang bertanda * adalah ruangan yang wajib diisi.

Tempahan baru ini juga boleh diisi bagi merekodkan data pelanggan.


Bagi ruangan Produk, klik [+] dan paparan berikut akan dipaparkan. Pilih produk sama ada Qaseh Gold Junior atau Qaseh Gold Junior Kombo.


Kemudian, pilih kuantiti. 


Setelah produk dipilih, masukkan maklumat-maklumat bukti pembayaran bagi proses penghantaran. Boleh juga memilih C.O.D jika agen atau stokis menawarkan servis tersebut.

Selesai pembayaran dibuat, pilih tiga titik bertindih yang terletak pada menu diatas. Pilih sama ada Hantar Tempahan ataupun disimpan sebagai draf.

Ok dulu kali ini, semoga perkongsian Kak Ida berkaitan tutorial bagi submenu Tempahan Baru membantu agen menggunakan aplikasi ini.

Jumpa di entry akan datang. Tata.

Jan 19, 2018

Sky Peak Residents

Misi COD hari ini adalah di Sky Peak Residents di Taman Setia Tropika.

Terima kasih kerana bermuamalat dengan Kak Ida ya.

www.wasap.my/0196558504


Jan 6, 2018

My First Vision Board

Kak Ida menyantuni program 1st Leader Qaseh Gold hari ini di HQ Ana Edar.

Aktiviti menarik Kak Ida hari ini adalah membuat vision board bagi tahun 2018.

Memang mengujakan.

Kenapa vision board penting?
The Power of Visualisation. Masa untuk Kak Ida "berlumba" dengan diri Kak Ida sendiri.

Susah ke nak buat vision board?

Mula-mula, pecahkan kepada APA YANG KITA mahu. Duduk dalam masa setengah sehingga satu jam.

Keluarga
Diri sendiri
Bisnes
Kewangan
Matlamat yang ingin dan boleh dicapai
Komuniti






Nov 8, 2017

Tips murah rezeki suami isteri

Tips ini dikongsikan oleh Tuan Irfan Khairi.


  1. Sentiasa gembirakan pasangan hidup kita.
  2. Murahnya rezeki seorang suami bila suami berbelanja untuk isterinya.
  3. Ramaikan anak. Cahayamata adalah rezeki tidak ternilai.
  4. Makan bersama anak-anak dan isteri.
  5. Gunakan perkataan dan bahasa yang lembut bersama suami dan isteri serta memanggil dengan panggilan manja.
  6. Menenangkan hati isteri ketika beliau resah.
  7. Cium dan peluk isteri sebelum keluar bekerja.
  8. Salam dan ciumlah tangan suami sebelum suami keluar rumah.
  9. Bermain-main dan bergurau dengan anak-anak untuk menyeronokkan mereka.
  10. Bergurau senda bersama suami isteri sebelum tidur waktu malam.
Semoga asbab tips ini, rezeki keluarga kita dimurahkan oleh Allah swt. Insya-Allah.

Amin


Nov 7, 2017

Cara mudah untuk bangun pagi

Kak Ida kongsikan sebelas (11) tips cara mudah untuk bangun pagi mengikut sunnah dan psikologi.

  1. Tidur awal seawal jam 10.30 malam.
  2. Sebelum tidur ambil wuduk.
  3. Baca surah Al Fatihah, 4 Qul, Ayat Kursi, Surah Al Waqiah dan Al Mulk.
  4. Tidur di atas rusuk kanan.
  5. Dada menghadap kiblat.
  6. Tapak tangan kanan menjadi bantal dan diletakkan di pipi kanan.
  7. Baca doa tidur.
  8. Sediakan senarai apa yang perlu kita lakukan esok.
  9. Niat bersungguh-sungguh mahu Allah kejutkan kita pada pukul berapa.
  10. Bila bangun, buat senaman ringan dan senyum sebagai tanda kesyukuran Allah bangkitkan sehari lagi.
  11. Ambil wuduk, mulakan dnegan solat sunat.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Pokok pangkalnya adalah diri kita

Ramai yang mahukan bisnes kita berubah menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Tetapi, sebenarnya. KITA yang perlu berubah dulu.

"Jika mahu mengubah dunia, ubah diri dahulu"

Pokok pangkalnya adalah bermula dari diri kita sendiri.


Ini kerana, bagaimana keadaan bisnes kita, itulah sebenarnya gambaran keadaan kita.

Jadi, jangan jadi diri sendiri masih sama setiap hari. Berubahlah dan upgrade diri kita menjadi yang lebih baik.

Apa yang kita boleh buat untuk upgrade diri kita menjadi lebih baik?

  • Jumpa kenalan baru.
  • Cari mentor bisnes.
  • Belajar ilmu baru.
  • Cuba lakukan sesuatu yang baru.
  • Jadi lebih fleksibel. Rendahkan ego.
  • Dengan pendapat atau pandangan orang lain.
  • Banyakkan tindakan dari sekadar merancang.
  • Bermula segera.

Nov 3, 2017

Jangan ambil mudah masalah sendi

Jangan ambil mudah masalah sendi.

Masalah radang sendi atau artritis selalu menyerang golongan usia 40 an dan ke atas. Gejala radang sendi ialah apabila berlakunya bengkak pada bahagian sendi seperti pinggang, lutut, tulang belakang dan siku.


Mereka yang diserang radang sendi selalunya tidak mampu menggerakkan sendi secara normal. Malah kita boleh lihat kemerahan dan panas pada sendi yang terjejas.

Sekiranya doktor mengatakan kita diserang radang sendi, lakukan perkara ini dahulu.

  • Jika anda gemuk | Kurangkan berat badan.
  • Jika anda malas | Rajinkan bersenam dan lentur tubuh kita supaya mudah bergerak.
  • Jika mandi | Mandi air hangat pada waktu pagi untuk memberi kelegaan pada otot.
  • Jika bekerja kuat | Selang-seli antara rehat dan kerja untuk merehatkan otot.

Nov 2, 2017

Tips bagaimana kita memotivasikan diri setiap hari

Kak Ida kongsikan tujuh cara bagaimana kita memotivasikan diri setiap hari.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...