Antara beberapa cadangan yang dapat dikongsikan adalah:-
- Menjadikan waktu penyusuan botol seperti permainan. Jangan paksa sekiranya bayi tidak mahu mengambil botol. Waktu pagi adalah waktu yang paling sesuai kerana bayi berada dalam keadaan segar dan ceria.
- Elakkan terus menyusu daripada payudara sekiranya bayi menolak botol. Bermain-mainlah dengan bayi selama lebih kurang 10 minit dan cuba semula memberinya botol.
- Bukan ibu yang memberikan susu menggunakan botol. Minta tolong suami atau pengasuh.
- Beri botol semasa bayi masih baru bangun daripada tidur.
- Pelbagaikan posisi penyusuan.
- Bedung bayi dengan kain ataupun baju ibu supaya bayi terasa dekat dengan ibunya.
- Berikan botol sambil berjalan-jalan di luar rumah atau semasa memandikan bayi.
Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Ida Kamilia Mudzakir
No comments:
Post a Comment