Sep 25, 2017

Penangan hari gaji

Alhamdulillah.

Penangan hari gaji hari ini.

Tak cukup tangan. Mana nak restok, mana nak ambil order, mana nak semak bayaran, key-in.

Tetapi, Kak Ida suka dengan kesibukan ini.

Bila Kak Ida sibuk, ada rezeki dalam kesibukan itu.

Kak Ida sempat snap beberapa keping gambar sebelum sempat diserahkan pada pelanggan.




Sep 23, 2017

Scrub alami

Hari ini Kak Ida berada di bawah tekanan.

Jadi, untuk mengurangkan stress, Kak Ida suka memanjakan diri sama ada ke spa, cuci rambut di salon atau lepak di kedai buku.

Masalahnya, sudah lewat malam. Spa dan salon semua sudah tutup.

Jadi, Kak Ida tengok apa yang ada dirumah yang boleh kita jadikan mini spa dirumah.

Ahhhaa..

Ambil tiga sudu garam masakan Ana Edar dan curahkan tonik rambut juga dari Ana Edar.

Pastikan garam dan tonik dicampurkan sebati.


Tonik rambut adalah dari minyak zaitun yang dipercayai sangat elok untuk kulit.

Sangat jimat dan selamat kerana tiada bahan kimia dalam scrub ini. Best kan?

Murah pun murah. Kan?

Basahkan kulit dan mulakan scrub. Tiada rasa pedih (kecuali jika kulit ada luka). Sental dengan guna span yang agak kasar. Kemudian bilaslah dengan sabun mandi kegemaran kita.

Fungsi scrub adalah untuk membuang kulit mati yang ada dipermukaan kulit. Scrub tidak perlu dibuat selalu, memadai tiga empat kali dalam seminggu.

Manakala untuk muka pula, Kak Ida gunakan Gentle Facial Foam yang terdiri daripada minyak kelapa dara.

Gentle Facial Foam boleh bertahan selama dua bulan. Jimat kan?

Percayalah, kulit jadi lembut dan lembap dan yang paling penting....

Wangi ok. Hihihi

Bagi yang sudah mencuba, jangan lupa dropkan comment di blog Kak Ida ya.

Sep 16, 2017

Nak hidup susah memang senang

Kenapa perlu bermodal?

Trend yang Kak Ida lihat sekarang,


Banyak gunakan modal orang lain untuk kita berniaga.

Ambil barang, kemudian ambil barang lagi dan baru bayar bil yang sebelum itu. Pay bill to bill.

Allahu, mana "pokok modal" yang dahulu?

Sebenarnya, ini berbalik pada komitmen. Jika kita berniaga dan bermodal, kita akan paksa (push) diri kita. Push untuk tidak membiarkan modal kita TERpendam begitu sahaja. 

Kita akan berusaha lebih untuk menjual. Untuk sharing. Untuk terapi mata (semestinya).

Bila ada keuntungan, barulah disimpan atau untuk membayar hutang. Bukan tarah pokok modal yang digunakan untuk berniaga. 

Bila sudah gunakan modal orang lain untuk berniaga, ini bukan bisnes namanya. Allahu.

Tetapi, tidak perlulah sampai bermodal berpuluh-puluh K. Cukup jika ada pelanggan perlukan barang, barang ada di dalam tangan. Modal yang perlu meminjam-minjam bank itu salah. Berniagalah dengan apa yang ada di tangan.

Tiada modal? 

Cari barang yang tidak digunakan. Jual preloved. Insya Allah. Bila kita terasa susah, Allah akan bantu kita untuk kita keluar dari zon kesusahan itu. 

Selain itu, Kak Ida pernah berjumpa Rakan Niaga dengan berusaha print gambar-gambar di google. Buat sebagai katalog. Cari pelanggan dengan menggunakan katalog tersebut bagi memulakan bisnes.

Tetapi, sekarang... ada leader sudah siapkan copywriting, poster, bagi kata-kata motivasi... tetapi semua ado. Masih tiada tindakan.

Nak hidup senang, bukan senang.

Nak hidup susah memang senang.

Berusahalah. Bukan sekadar duduk di takuk lama.

Senior Leader Qaseh,
Ida Kamilia Mudzakir


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...