Jun 13, 2014

Penyusuan susuibu ketika berpantang

Penyusuan susu ibu

Seawal jam 7.00 pagi, anda perlulah menyusukan bayi terlebih dahulu. Jika bayi masih tidur, kejutkan dan susukan dia mengikut keperluan yang diinginkannya. Pastikan posisi penyusuan adalah betul. Menyusu dalam posisi yang salah boleh menyebabkan anda sakit dan pada masa yang sama mengecewakan bayi. 

Pastikan anda mengalami refleks let-down (pancutan susu). Refleks ini adalah rasa berdenyut yang menandakan aliran hangat susu sebaik sahaja bayi berada pada posisi yang betul.

Paling penting, sepanjang tempoh berpantang ini, bayi perlu disusukan mengikut permintaan biasanya setiap dua atau tiga jam sekali. Untuk mengetahui dia mahu menyusu, dia akan menangis bila lapar. Namun, jika selepas tiga jam, dia masih tidur, anda perlu mengejutkannya untuk menyusu badan. Langkah ini penting kerana kekerapan penyusuan akan merangsang tubuh menghasilkan lebih banyak susu dan seterusnya memudahkan anda menyusukan bayi.


Susukan bayi di kedua-dua belah payu dara pada setiap sesi. Selepas dia berhenti menghisap di sebelah payudara, tawarkannya ke sebelah payudara lagi. Selepas menyusu di kedua-dua belah payudara, masukkan hujung jari kelengkeng di hujung mulut bayi untuk melepaskan mulutnya daripada payudara anda. Jangan lupa sendawakan bayi selepas menyusu kerana dia mungkin memuntahkan kembali susu.

Perkongsian ilmu tanpa batasan

Ida Kamilia Mudzakir
019-6558504

Keselamatan semasa penyusuan

Sendawa

Sendawakan bayi setelah habis memberinya susu. Diketahui bahawa kembung yang dialami oleh bayi mempunyai kaitan dengan sendawa. Ini kerana pada waktu bayi minum susu dikatakan sejumlah kecil udara secara tidak langsung akan ikut serta masuk ke dalam badannya. Malah banyak udara akan masuk jika bayi menangis ketika menyusu.

Terdapat beberapa cara untuk mengusir udara itu dari perutnya supaya bayi dapat tidur lena dan tidak meragam sepanjang hari iaitu gendong bayi dengan posisi tegap menghadap ke belakang dengan dagu bayi di atas bahu anda. Telangkupkan (meniarap) bayi di paha dengan posisi melintang sehingga salah satu peha menekan perut dan pangku menghadap ke depan sambil dudukkan bayi di pangkuan anda sambil mengusap perlahan pada bahagian belakangnya. Jika tidak percaya, cuba kaedah dukung sambil membawanya berjalan sehingga dia sendawa.




Info
Jika bayi tidak sendawa selepas 30 saat, dia tidak perlu lagi disendawakan.

Perkongsian ilmu tanpa batasan

Ida Kamilia Mudzakir
019-6558504

Jun 1, 2014

Garam Masakan Kristal

Garam yang diambil secara BERLEBIHAN boleh mendedahkan diri kita kepada pelbagai risiko penyakit berbahaya.

Di Malaysia, pengambilan makanan di luar dan kekerapan pengambilan makanan yang diproses dianggap sebagai kegemaran yang utama.


Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO telah mencadangkan keperluan natrium sehari (yang terkandung dalam garam) hanya 200 mg atau menyamai satu sudu teh.


Tetapi di Malaysia, menurut sumber Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Keempat (IPH,2011), orang dewasa Malaysia telah mengambil keperluan garam melebihi dari jumlah yang dicadangkan iaitu sebanyak 2575 mg (28.75%).


Namun demikian, badan kita tidak dapat berfungsi tanpa keperluan NATRIUM. Yang penting, kita memilih GARAM yang betul.


Jadi, bertukarlah kepada GARAM MASAKAN KRISTAL. Ia seberat 800 gram dan ia boleh bertahan selama berbulan-bulan (mengikut kuantiti yang digunakan).




Harga garam ini adalah RM 15.90 (Semenanjung Malaysia) tidak termasuk pos.





Perkongsian ilmu tanpa batasan,


Ida Kamilia Mudzakir

019-6558504

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...