Home »

Nov 22, 2016

Jiwa kering seorang R.A.N.I.A

Assalammualaikum R.A.N.I.A

Alhamdulillah, Allah bagi kelapangan masa dan idea pada Kak Ida untuk menulis.


Adakah hati kering?

Kalau Kak Ida ikut definisi 'google', hati kering ini bermaksud tiada perasaan dan kejam.

Tetapi, kali ini Kak Ida hendak menyentuh hati kering seorang RANIA QASEH.

Ketika Kak Ida bermula berniaga dulu, pemikiran Kak Ida ingat sangat mudah tentang berniaga.

Modal, dapat barang dan jual.

Apa susah, Kak Ida SANGAT YAKIN akan ada yang beli produk yang Kak Ida jual. Tiga botol Qaseh sahaja kan? Bukan susah. Hihi

Lagipun, kita juga ada circle networking kita sendiri (kononnya).

Kak Ida selalu berfikir akan dapat sokongan keluarga, saudara-mara, kawan baik sehingga ke syurga untuk membeli produk dengan Kak Ida.

Rupa-rupanya Kak Ida silap.

Tidak semua circle networking kita akan menyokong kita berniaga.

Dari sehari ke sehari Kak Ida naikkan iklan (hardselling) di facebook tetapi tiada juga sales. Sebotol Qaseh pun tidak dapat dijual.

Untuk permulaan, Kak Ida akui Kak Ida mula rasa down. Tengok orang lain mudah sahaja menjual. Kenapa kita susah?

Kenapa?

Ya R.A.N.I.A

Dalam proses ini banyak sangat Kak Ida belajar tentang proses menjual.

Pentingnya kita berada di dalam circle yang positif.

Hati kering disini, sila bawa diri kita keluar dari zon circle sahabat yang sedia ada.

Bukan bermaksud circle yang sedia ada tidak menyokong, tetapi produk yang Kak Ida tawarkan mungkin tidak memenuhi keperluan mereka.

Jadi kenapa perlu kita tunggu?

Buat permulaan, penuhkan rakan facebook kita dengan sahabat baru semaksimum yang mungkin.

Bukan dari sahabat yang kita kenal.

Binalah networking baru yang mempunyai minat yang sama.

Jiwa yang sama.

Kemudian, tulislah perkara yang bermanfaat. Kongsikan ilmu dengan kepakaran yang kita ada.

Bukan tepek testimoni semata-mata.

Bukan tepek iklan semata-mata.

Silap.

Silap.

Jangan ikut kesilapan yang pernah Kak Ida buat.

Insya Allah, mulakan langkah pertama kita dengan mengubah circle networking kita yang akan membuatkan hidup kita sentiasa positif.

Yang tidak positif, sila unfriend. Tidak berkawan di facebook bukan bermaksud kita tidak berkawan diluar.

Positif akan membuatkan rezeki kita mudah dijemput.

Semoga penulisan kali ini bermanfaat.

Jangan lupa tinggalkan nota jejak jika sudah membaca ya. Nota positif untuk memberi semangat untuk terus Kak Ida menulis.

Salam perkongsian suri Qaseh,
Ida Kamilia Mudzakir
ByKamilia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...