- Di dalam pakej kejayaan ada kesusahan.
- Mengubah manusia, perkara yang paling mencabar, ianya mudah apabila mereka sendiri yang mahu berubah.
- Ramai mereka yang berjaya menjadi ketua dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang disukai.
- Majoriti mereka yang mencapai kejayaan tidak suka memberi alasan.
- Fokus adalah perkara penting bagi mereka yang mahu mencapai kejayaan.
- Hasil kajian, 100 orang yang berjaya di dunia, 68% dari mereka tidak mempunyai markah CGPA yang tinggi.
- Tahap kejayaan seseorang bukan ditentukan oleh siapa 'pensyarah' mereka.
- Tahap keinginan yang tinggi adalah kekuatan dalaman yang akan memacu kejayaan seseorang.
- Apabila kita mempunyai tahap keinginan untuk berjaya yang kuat, segala perasaan negatif dapat dikawal dengan sebaiknya.
- Kejayaan pertama bermula dari minda dan mentaliti mahu berjaya.
- Mereka yang betul-betul mahu berjaya, mereka mempunyai tahap keinginan yang kuat kerana mereka mempunyai matlamat yang jelas yang mahu dicapai.
- Apabila 'down' cari kata-kata pembakar semangat. Jadikan sebagai alat pembakar semangat untuk mencabar diri supaya menjadi lebih baik.
- Cari 'big why' yang kuat dalam diri. Kenapa aku nak berjaya? Untuk apa aku nak berjaya?
- Semangat bisnes datang dari pemilik bisnes itu sendiri. (Untuk permulaan sahaja sebelum mempunyai sistem yang lebih teratur).
- Kekuatan dalaman datang dari diri sendiri. Apabila dalaman kuat, segala alasan kepayahan boleh cuba untuk diatasi.
- Matlamat yang mahu dicapai harus jelas. Masa? Untuk? Tujuan?
- Gunakan sebaik-baik mungkin teknologi yang ada.
- Bina 'networking' untuk menjana kumpulan yang terbaik. (Mastermind group with Quality People).
- Masa itu emas, jangan buang masa proses kejayaan akan melalui beberapa kesusahan.
- Bila mahukan sesuatu, mesti dapat dengan apa cara sekalipun (bukan dengan memberi alasan).
- Kenali diri, sejauh mana tahap kejayaan yang telah dicapai sehingga sekarang.
- Tulis proses demi proses semasa mencapai kejayaan. Raikan kejayaan kecil sebelum menikmati kejayaan yang lebih besar.
- Berterus-terang dengan apa yang mahu dicapai bersama kumpulan.
- Pemilik bisnes perlu 'faham' tentang marketing, sales, HR, operation bussiness mereka.
- Teruskan belajar, sentiasa tambah ilmu untuk penambahbaikan diri supaya lebih baik dari sebelumnya.
- Dekatkan diri dengan mereka yang lebih berjaya dari kita supaya ianya dapat mengekalkan momentum kejayaan kita.
- Fokus dengan apa yang mahu dicapai. Jangan terlalu fokus pada proses kerana ianya akan membebankan emosi.
- Cari mentor yang telah berjaya dalam bidang mereka (bukan teori semata-mata).
Perkongsian tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504
No comments:
Post a Comment