Hanya dengan barang-barang asli dan semulajadi, kita boleh membelai tubuh dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. Bagi yang sudah berkahwin, suami pasti semakin sayang kerana sudahlah pandai bercantik-cantik, bahkan pandai juga berjimat-cermat!
Petua Masalah Rambut Gugur
Rendamlah kacang hijau semalaman. Setelah itu, tapis dan gunakan airnya untuk disapu ke seluruh kulit kepala. Picit dan urut perlahan-lahan sewaktu meratakan air ini ke kulit kepala. Amalkan sentiasa.
Petua Hilangkan Parut Wajah
Tumbuk sedikit kulit kayu manis (sedikit sahaja) sehingga hancur. Campurkan dengan sedikit air dan bedak sejuk. Usah terlalu pekat atau terlalu cair.
Sapukan bancuhan ini ke kulit wajah terutama pada bahagian yang berparut. Lakukan seberapa banyak yang anda mhu. Lama-kelamaan parut itu semakin memudar. Selain membantu mengurangkan parut, cara ini juga menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat.
Ana Edar ada mengeluarkan produk Eksotika Wajah yang diperbuat daripada kayu manis.
Petua Atasi Kulit Berkedut
Dapatkan sebatang lobak merah segar. Selepas dibersihkan, parut lobak merah ini dan campurkan dengan sesudu tepung jagung dengan sebiji kuning telur. Selepas bancuhan ini sekata, ratakan pada wajah. Jika rajin mengamalkan petua ini sekali sehari. Anda pasti teruja dengan hasilnya.
Petua Haluskan Kulit Wajah
Dapatkan sedikit asam jawa. Larutkan bersama air dan sesudu tepung ubi. Kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Setelah sebati, pupurkan bancuhan ini pada wajah. Biarkan kira-kira 15 minit atau sehingga kering. Kemudian, bilas dengan sempurna.
Petua Licinkan Kulit Muka
Petua ini sering dilakukan oleh wanita India dan khasiatnya sudah terbukti. Buka kabinet dapur dan ambil 1 cm kunyit hidup. Setelah dihancurkan, campurkan kunyit ini dengan setengah sudu asam jawa dan sedikit bedak sejuk. Sebatikan campuran ini dan sapukan ke seluruh wajah dengan rata. Biarkan ia kering dan lakukan setiap hari sebelum anda tidur.
Perkongsian tanpa batasan,
Ida Kamilia Mudzakir
Ida Kamilia Mudzakir
No comments:
Post a Comment