- Daun buas-buas atau bebuas direbus lalu diminum pada minggu awal kelahiran, secawan setiap hari.
- Daun selasih direndam di dalam air panas dan diminum sekerap yang mungkin.
- Air rebusan halba dan jintan manis diminum dengan susu hangat.
- Terdapat rumusan selepas bersalin di farmasi yang mengandungi chaste tree berry, red clover, nettle, milk thistle dan vervain dimakan setiap hari.
- Temu lawak juga mempunyai khasiat menambah pengeluaran susu. Ia diparut dan digaul bersama tepung sagu dengan air mendidih sehingga berubah menjadi larutan seumpama bubur yang pekat dimakan apabila bermasalah. Bagi puting tersumbat, gunakan campuran temu lawak parut dengan sedikit gula nira ataupun melaka dan tepung sagu dididih dengan satu liter air. Selepas itu, ditapis airnya dan minum secawan dua kali sehari secara teratur.
- Batang bayam duri iaitu rumpai yang sering melekapkan bebola duri pada pakaian semasa berjalan di dalam semak ada juga kebaikannya. Tumbuk halus daun, bunga dan akarnya dan sapukan di sekeliling payudara.
- Kunyit juga apabila diparut dan disapukan pada payudara dapat melancarkan penghasilan susu.
- Bagi mengelakkan susu kering, makan jamu Kacip Fatimah dua bulan selepas berpantang.
- Buah betik muda dibelah, separuh direbus dengan air bersama kulitnya dan yang sebelah lagi direbus dengan cuka. Minum dua hingga tiga sudu kecil air rebusan ini setiap hari dengan cara teratur.
- Daun turi yang masih muda dikukus dan dimakan sebagai lauk
Ida Kamilia Mudzakir
No comments:
Post a Comment