Minggu Penyusuan Susu Ibu 1-7 Ogos setiap tahun
- Mempunyai polisi penyusuan susu ibu secara bertulis yang disampaikan kepada semua kakitangan kesihatan secara berkala.
- Melatih semua kakitangan di dalam kemahiran yang perlu untuk melaksanakan polisi ini.
- Memberitahu semua ibu mengandung tentang kebaikan dan pengurusan penyusuan susu ibu.
- Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan susu ibu dalam masa setengah jam selepas kelahiran.
- Menunjukkan ibu-ibu cara menyusukan dan mengekalkan laktasi kepada ibu-ibu walaupun mereka terpaksa dipisahkan daripada anak-anak mereka.
- Tidak memberikan bayi-bayi baru lahir makanan atau minuman selain susu ibu kecuali atas sebab-sebab perubatan.
- Mengamalkan penyusuan di sisi ibu rooming-in – membenarkan ibu dan anak bersama-sama selama 24 jam sehari.
- Menggalakkan penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi.
- Tidak memberikan puting tiruan atau puting kepada bayi-bayi yang menyusu susu ibu.
- Menggalakkan penubuhan kumpulan-kumpulan sokongan penyusuan susu ibu dan merujuk ibu-ibu kepada mereka selepas keluar hospital atau klinik.